Delilah.Daily.Story



♥NS??

'Singapore Idol' ke Pulau Tekong

Oleh
Hisham Hasim
BAHANG 'Singapore Idol' belum lagi reda tetapi pemenang peraduan nyanyian itu, Sezairi Sezali, kini mengalihkan perhatiannya pula untuk berkhidmat kepada negara apabila beliau bakal menyertai Perkhidmatan Negara (NS).
Meskipun sibuk dengan pelbagai acara dan tugasan termasuk menghadiri pelbagai sesi wawancara, pemuda berusia 22 tahun itu juga sedang sibuk bersiap menjalani tempoh NS bersama Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).
Beliau dijadualkan melaporkan diri ke Pulau Tekong lusa.
Ketika dihubungi semalam, Sezairi akur membahagikan masa sebagai pemenang Singapore Idol dan bersiap untuk NS bukanlah satu perkara mudah.
'Saya sebenarnya belum lagi bersedia menghadapi NS kerana masih sibuk dengan pelbagai pertemuan dan acara, termasuk perbincangan mengenai album saya,' kata Sezairi.
Menurutnya, sejak beberapa hari lalu beliau sibuk bertemu dengan pihak Universal Music berbincang tentang penerbitan album barunya yang dijangka siap dalam beberapa bulan akan datang.
Namun, Sezairi ingin memberi jaminan kepada para peminatnya bahawa tempoh NS yang akan dilaluinya itu tidak akan menjejas pembikinan album beliau.
Ini kerana Sezairi akan tetap membahagikan masa menghasilkan album tersebut meskipun sedang menjalani latihan tentera.
Difahamkan, latihan asas tentera (BMT) beliau dijangka berjalan selama enam hingga tujuh minggu.
'Saya dikategorikan sebagai askar Pes C2L2 kerana mempunyai masalah tulang belakang sejak empat tahun lalu. Ini bermakna saya tidak perlu mengambil latihan kecergasan individu IPPT.
'Untuk dua minggu pertama saya tak dibenarkan keluar kem. Namun selepas itu saya boleh luangkan masa hujung minggu bagi pembikinan album saya,' tambahnya.
Anak sulung Encik Sezali Suliman, 50 tahun, dan Cik Rubiah Chayan, 47 tahun, itu berharap dapat menganggotai SAF Music & Drama Company semasa tempoh NS beliau agar dapat mengembangkan lagi potensi bakat muziknya.
Mengenai persiapannya menghadapi latihan asas tentera, Sezairi berkata sejak menyertai 'Singapore Idol' enam bulan lalu, tekanan fizikal dan mental peraduan tersebut cukup untuk menguji ketahanan dirinya.
'Latihan yang saya lalui, terlari sini terlari sana mengejarkan waktu membuat persembahan dan menghadiri acaraacara cukup meletihkan saya,' ujarnya.
Ditanya adakah gelaran beliau sebagai juara itu akan mendapat tumpuan rakan-rakan baru serta 'ditekan' para pegawai dalam kem, Sezairi secara berseloroh berkata:
'Khuatir juga tetapi saya terima sebagai satu pengalaman baru seperti juga apa yang telah saya lalui sejak menjadi 'Singapore Idol' yang dapat mendewasakan saya, di samping mendapat teman-teman baru.'



Sezairi is going for his Ns??
I thought he went for his Ns already..
Poor Sezairi that he got a backbone problem.
To non-malay readers,you will definitely don't understand cause it's in malay.
I've got nothing to type.
So GOODY-LUCK SEZAIRI!


Labels:


delilah


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

x">